Salam,
Dua hari yang lepas, dikhabarkan bahawa sebuah rumah aras 3 Blok C telah dipecah masuk. Mengikut sumber, kejadian berlaku sewaktu cuti sekolah.
Berdasarkan senario, pencuri nampaknya tahu benar sesebuah rumah tiada penghuni kerana bercuti. Menurut seorang pakcik, pencuri ini selalu lepak di kedai makan bawah Blok B, Mawar Jaya. Mereka ini akan membuat senarai rumah mengikut masa dalam seminggu. Bila time kerja, waktu pulang, dan menyemak samada sesebuah rumah itu dihuni suri rumah sepenuh masa.
Seperkara lagi, sesebuah rumah yang hendak di pecah masuk. Pencuri akan menutup terlebih dahulu kunci paip air di bawah. Tujuannya untuk mengenalpasti individu tuan/penyewa sesebuah rumah. Mereka ini akan memerhatikan sewaktu si tuan rumah membuka semula kunci paip air. OLEH ITU, ANDA SEMUA AWAS JIKALAU ANDA MENGHADAPI TANDA-TANDA PENYAKIT TERSEBUT.
Jadi, bagaimana penjenayah ini yakin dan berasa selamat melakukan aktiviti jenayah? Antaranya jiran tidak bertegur sapa; tidak ambil peduli persekitaran. Dan yang lebih nyata, si penjenayah ini akan membuat tinjauan ke atas rumah terlebih dahulu. Apa yang ditinjau ye... Erm nak tahu..??
Mereka ini akan merakam gambar berapa lapis akses masuk. iaitu berapa mangga kunci yang digunakan; jenis apa? Cap AYAM? kUNCI pintu grill? dengan itu, si penjenayah ini akan estimate berapa lama dia boleh ceroboh. TAHUKAH ANDA, KEBARANGKALIAN KUNCI PINTU GRILL RUMAH ANDA SAMA DENGAN PINTU GRILL JIRAN SAMA ARAS ADALAH TINGGI!!!! DAN YANG PALING KELAKAR, CUBA TENGOK-2 ANAK KUNCI ANDA ADA NOMBOR TAK?
Jadi, harap semua berwaspada. Setakat ini saja kali ini. Jumpa lagi.
Wassalam.
Pangsapuri Kota Impian, Kota Perdana, Bandar Putra Permai
Blog ini membincangkan dan memberi info tentang Pangsapuri Kota Impian.
Saturday, December 18, 2010
Friday, July 30, 2010
Unit Kediaman Kosong Makin Berkurangan
Pertengahan bulan Julai ini, kedapatan beberapa unit kediaman yang dahulunya kosong tidak berpenghuni atau 'ditinggalkan oleh pemilik asal' telah diambil alih oleh pemilik-pemilik baru.
Kerja - kerja pengubahsuaian giat dijalankan. Grill pintu, tingkap dan aircond. Rata-rata unit berkenaan mempunyai akaun tertunggak ~RM 7000 setiap satu. Wah, nampaknya makin ramai mahu menghuni di kawasan ini. Lebih-lebih lagi bersebelahan dengan Hypermarket GIANT.

Wednesday, July 28, 2010
Kes Pecah Rumah di Blok B
2 minggu lepas, seorang kenalan memberitahu saya bahawa rumah aras 2 blok B cuba dipecah masuk oleh pencuri.
Tiada kesan mangga kunci dipotong, cuma penghuni bernasib baik kerana pencuri gagal merosakkan tombol pintu.
Pencuri seolah mengetahui penghuni tiada dirumah sebelah pagi. Jelas sekali, kegiatan pecah rumah dijalankan siang hari. Cuma, sikap ketidak apaan dan tidak mengambil peduli jiran sebelah jelas terserlah.
Jadi, adakah kita semua kenal semua jiran-jiran kita khususnya jiran sama aras???
Kesimpulan, sila pasang kunci tambahan di pintu grill masing-masing atau pasang je CCTV...

Thursday, July 22, 2010
PEMBANGUNAN RANCAK GIANT BDR PUTRA PERMAI
Sehingga tarikh pada hari ini. Giant Putra Permai sedang rancak dibina. Asal berbukit bukau, kini telah 80% diratakan.
Penghuni Apartmen Kota Impian kini kian ramai, ramai telah beralih ke kediaman area Seri Kembangan. Rata-rata bekerja di Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan para pelajar MMU dan LIM KOK WING...
Penghuni Apartmen Kota Impian kini kian ramai, ramai telah beralih ke kediaman area Seri Kembangan. Rata-rata bekerja di Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan para pelajar MMU dan LIM KOK WING...
Monday, March 22, 2010
Fungsi & Tanggungjawab Syarikat Penyenggara, Penghuni Bagaimana?
Penulis ingin menjemput warga AKI aka Apartment Kota Impian sama-sama memberi sumbangan idea dan ulasan di dalam blog ini dalam ruang lingkup hidup berjiran.
Sepanjang saya mula menjadi warga AKI, syabas dan tahniah kepada pihak penyenggara atas tindakan dan pengurusan yang baik dalam aspek kebersihan.
Namun, saya lihat sebilangan warga AKI kurang menitik berat aspek tersebut. Tindakan membuang sampah di lokasi tidak sepatutnya (ruang masuk tangga blok) mencacatkan pemandangan. Malah terdapat penghuni yang meletakkan plastik sampah di hadapan pintu, seolah-olah mengharap pekerja kebersihan mengutipnya.
Tindakan pentingkan diri ini membuatkan warga AKI lain tidak selesa dan menimbulkan rasa kurang senang.
Justeru, diharap kita semua berubah dan dapat memberi kerjasama supaya persekitaran hidup menjadi selesa dan sihat. Tidak keterlaluan jika kita mengimpikan "Ke Arah Minda Kelas Satu" buat warganya.
Berikut di bawah adalah no. yang boleh dihubungi sekiranya anda mengalami masalah yang memerlukan pihak penyenggara membuat tindakan:-
Telefon Syarikat Penyenggara : (Kerani) : 03-89434702
Antara senarai skop tugas penyenggara ialah :-

- Mengganti lampu koridor yang rosak
- Membaiki atap bumbung bocor/rosak
- Kebersihan
- Menyedia tong sampah yang mencukupi
- Mengganti tong sampah yang rosak
- Membekal bekalan elektrik hingga ke meter
Oleh itu, kita warga AKI hendaklah sedar hak-hak dalam perkara di atas dan berperanan sebagai pelapor kepada pihak penyenggara bagi di ambil tindakan segera.
Sekian.
Friday, March 19, 2010
Blog Apartment Kota Impian dilancarkan!!!!
Salam Sejahtera,
Blog ini diwujudkan bagi kemudahan warga Apartment Kota Impian, Kota Perdana Seri Kembangan dalam membincangkan permasalahan dan kepentingan bersama.
Diharap blog ini memberi manfaat kepada semua.
Blog ini diwujudkan bagi kemudahan warga Apartment Kota Impian, Kota Perdana Seri Kembangan dalam membincangkan permasalahan dan kepentingan bersama.
Diharap blog ini memberi manfaat kepada semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)