Home

Monday, March 22, 2010

Fungsi & Tanggungjawab Syarikat Penyenggara, Penghuni Bagaimana?

Penulis ingin menjemput warga AKI aka Apartment Kota Impian sama-sama memberi sumbangan idea dan ulasan di dalam blog ini dalam ruang lingkup hidup berjiran.

Sepanjang saya mula menjadi warga AKI, syabas dan tahniah kepada pihak penyenggara atas tindakan dan pengurusan yang baik dalam aspek kebersihan.

Namun, saya lihat sebilangan warga AKI kurang menitik berat aspek tersebut. Tindakan membuang sampah di lokasi tidak sepatutnya (ruang masuk tangga blok) mencacatkan pemandangan. Malah terdapat penghuni yang meletakkan plastik sampah di hadapan pintu, seolah-olah mengharap pekerja kebersihan mengutipnya.

Tindakan pentingkan diri ini membuatkan warga AKI lain tidak selesa dan menimbulkan rasa kurang senang.

Justeru, diharap kita semua berubah dan dapat memberi kerjasama supaya persekitaran hidup menjadi selesa dan sihat. Tidak keterlaluan jika kita mengimpikan "Ke Arah Minda Kelas Satu" buat warganya.

Berikut di bawah adalah no. yang boleh dihubungi sekiranya anda mengalami masalah yang memerlukan pihak penyenggara membuat tindakan:-

Telefon Syarikat Penyenggara : (Kerani) : 03-89434702

Antara senarai skop tugas penyenggara ialah :-
  1. Mengganti lampu koridor yang rosak
  2. Membaiki atap bumbung bocor/rosak
  3. Kebersihan
  4. Menyedia tong sampah yang mencukupi
  5. Mengganti tong sampah yang rosak
  6. Membekal bekalan elektrik hingga ke meter

Oleh itu, kita warga AKI hendaklah sedar hak-hak dalam perkara di atas dan berperanan sebagai pelapor kepada pihak penyenggara bagi di ambil tindakan segera.

Sekian.

Friday, March 19, 2010

Blog Apartment Kota Impian dilancarkan!!!!

Salam Sejahtera,

Blog ini diwujudkan bagi kemudahan warga Apartment Kota Impian, Kota Perdana Seri Kembangan dalam membincangkan permasalahan dan kepentingan bersama.

Diharap blog ini memberi manfaat kepada semua.