Home

Saturday, December 18, 2010

LAGI KES PECAH MASUK

Salam,

Dua hari yang lepas, dikhabarkan bahawa sebuah rumah aras 3 Blok C telah dipecah masuk. Mengikut sumber, kejadian berlaku sewaktu cuti sekolah.

Berdasarkan senario, pencuri nampaknya tahu benar sesebuah rumah tiada penghuni kerana bercuti. Menurut seorang pakcik, pencuri ini selalu lepak di kedai makan bawah Blok B, Mawar Jaya. Mereka ini akan membuat senarai rumah mengikut masa dalam seminggu. Bila time kerja, waktu pulang, dan menyemak samada sesebuah rumah itu dihuni suri rumah sepenuh masa.

Seperkara lagi, sesebuah rumah yang hendak di pecah masuk. Pencuri akan menutup terlebih dahulu kunci paip air di bawah. Tujuannya untuk mengenalpasti individu tuan/penyewa sesebuah rumah. Mereka ini akan memerhatikan sewaktu si tuan rumah membuka semula kunci paip air. OLEH ITU, ANDA SEMUA AWAS JIKALAU ANDA MENGHADAPI TANDA-TANDA PENYAKIT TERSEBUT.

Jadi, bagaimana penjenayah ini yakin dan berasa selamat melakukan aktiviti jenayah? Antaranya jiran tidak bertegur sapa; tidak ambil peduli persekitaran. Dan yang lebih nyata, si penjenayah ini akan membuat tinjauan ke atas rumah terlebih dahulu. Apa yang ditinjau ye... Erm nak tahu..??

Mereka ini akan merakam gambar berapa lapis akses masuk. iaitu berapa mangga kunci yang digunakan; jenis apa? Cap AYAM? kUNCI pintu grill? dengan itu, si penjenayah ini akan estimate berapa lama dia boleh ceroboh. TAHUKAH ANDA, KEBARANGKALIAN KUNCI PINTU GRILL RUMAH ANDA SAMA DENGAN PINTU GRILL JIRAN SAMA ARAS ADALAH TINGGI!!!! DAN YANG PALING KELAKAR, CUBA TENGOK-2 ANAK KUNCI ANDA ADA NOMBOR TAK?

Jadi, harap semua berwaspada. Setakat ini saja kali ini. Jumpa lagi.

Wassalam.